fb fb fb fb fb

Dr. Yew fokus persiapan taktikal, fizikal, mental menjelang kejohanan e-sukan Asia

PETALING JAYA, 28 Jun- Peluang mewakili negara pada temasya Sukan Asia menjadi satu penghormatan buat atlet permainan e-sukan Hearthstone, Dr Yew Weng Keng.

Pemenang Pingat Emas Sukan SEA Filipina 2019 itu mengakui, persiapan rapi perlu dilakukan memandangkan tahap permainan Sukan Asia sangat berbeza berbanding Sukan Asia Tenggara.

Jelas Dr. Yew, pada Sukan Asia Hangzhou nanti, beliau bakal bertemu dengan juara-juara dunia terutama dari Jepun, China dan Korea Selatan.

"Tahap Asia untuk Heartstone akan menjadi tahap yang paling tinggi sebab tiga juara Heartstone sebelum ini ialah Jepun, Jepun, China

Saya fikir satu pasukan terbaik adalah paling penting seperti saya sebut sebelum ini pasukan terbaik dari segi taktikal, dari segi mental dan fizikal juga," katanya.

(Dr. Yew, atlet e-sukan negara)

Tambah beliau, pengalaman bermain pada Sukan SEA banyak memberi motivasi sepanjang sesi kelayakan yang berlangsung di Battle Arena Malaysia.

Dr. Yew akan bersama seorang lagi pemain, Auria akan mewakili negara bagi permainan Heartstone peringkat Asia.

Media Baharu