fb fb fb fb fb

Pandelela layak ke akhir, tempat ketujuh pada pusingan awal

BIRMINGHAM, 5 Ogos - Ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong, mencapai sasaran apabila layak ke saingan akhir acara terjun 10 meter platform wanita di Sukan Komanwel Birmingham 2022 di sini hari ini.

Pandelela menduduki tempat ketujuh dengan mengumpulkan 283.50 mata pada pusingan awal yang berlangsung di Pusat Akuatik Sandwell.

Penerjun tuan rumah Andrea Spendolini Sirieix menguasai pusingan awal dengan mengumpulkan 360.60 mata.

Final akan berlangsung pada 7.29 malam waktu tempatan (2.29 pagi Jumaat waktu Malaysia). - BERNAMA

Media Baharu