fb fb fb fb fb

Palmer pemain terbaik England

Palmer pemain pertama Chelsea terima pengiktirafan Pemain Terbaik Tahunan England 2023-2024 sejak Ashley Cole pada tahun 2010. -gambar Reuters

LONDON, 9 Oktober- Cole Palmer dipilih sebagai Pemain Terbaik Tahunan England 2023-2024.

Pengumuman itu dibuat Persatuan Bolasepak (FA) Inggeris, semalam.

Pemain tengah Chelsea berusia 22 tahun itu, diundi sebagai pemain pilihan penyokong Three Lions mengatasi pemain tengah Real Madrid Jude Bellingham di tempat kedua.

Manakala penyerang Arsenal, Bukayo Saka yang merupakan pemenang dua edisi terakhir di tempat ketiga.

Palmer membuat penampilan sulung England ketika menang 2-0 ke atas Malta pada November 2023, termasuk lima penampilan pada Euro 2024 dengan menjaringkan dua gol.

Palmer, yang telah mengumpul enam gol dalam tujuh perlawanan Liga Perdana musim ini, menjadi pemain pertama Chelsea menerima pengiktirafan itu sejak Ashley Cole pada tahun 2010.-Reuters

Trainee