fb fb fb fb fb

Pacquiao kembali berdepan Barrios dalam pertarungan kejuaraan WBC

Lagenda tinju Filipina, Manny Pacquiao/Foto REUTERS

LAS VEGAS, 19 Julai– Lagenda tinju Filipina, Manny Pacquiao sah akan kembali ke gelanggang selepas melepasi proses timbangan pada Jumaat menjelang pertarungan kejuaraan WBC menentang juara bertahan, Mario Barrios, hujung minggu ini di Las Vegas.

Pacquiao, 46, mencatat berat 146.8 paun (66.5kg), manakala Barrios seberat 146.2 paun (66.3kg), masing-masing di bawah had kelas welterweight iaitu 147 paun (66.8kg).

Pertarungan ini merupakan kali kedua Barrios mempertahankan gelaran, setelah mengekalkannya menerusi keputusan seri menentang Abel Ramos pada November lalu.

Pacquiao, pemegang rekod dunia bagi jumlah kejuaraan terbanyak iaitu 12 gelaran dalam lapan kelas berbeza kini mengintai peluang menambah satu lagi kejuaraan ke dalam koleksinya.

Kali terakhir Pacquiao memenangi pertarungan profesional adalah pada 20 Julai 2019, menewaskan Keith Thurman di arena yang sama beliau akan kembali beraksi Sabtu ini.

Beliau kali terakhir bertarung secara profesional pada Ogos 2021, apabila tewas kepada Yordenis Ugas menerusi keputusan sebulat suara.

Walaupun ramai peminat berharap Pacquiao dapat menghidupkan semula magisnya, Barrios tetap hadir sebagai pilihan utama dalam pertarungan tersebut berdasarkan prestasi semasa dan kelebihan fizikal yang dimiliki. - REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD