IMOLA, 18 Mei – Pelumba McLaren, Oscar Piastri, meraih petak utama Grand Prix Emilia-Romagna selepas mencatat masa terpantas dalam sesi kelayakan semalam.
Beliau mencatat masa 1 minit 46.670 saat, 0.034 saat lebih laju daripada juara dunia daripada pasukan Red Bull, Max Verstappen, yang akan bermula di tempat kedua, manakala Pelumba Mercedes, George Russell, berada di petak ketiga.
Sementara itu, rakan sepasukan Piastri, Lando Norris, akan bermula di barisan kedua, manakala dua pelumba Ferrari Charles Leclerc dan Lewis Hamilton hanya berjaya menempatkan diri di kedudukan ke-11 dan ke-12.
Sesi kelayakan turut menyaksikan kemalangan melibatkan Yuki Tsunoda, apabila jenteranya terbalik selepas melanggar bonggol di selekoh Variante Villeneuve.
Bagaimanapun pelumba Jepun berusia 25 tahun itu tidak mengalami kecederaan dan berjaya keluar dari kereta dengan sendiri. - AFP