fb fb fb fb fb

Olimpik Paris 2024: Perancis kecewakan Argentina untuk ke separuh akhir

Foto REUTERS

PARIS, 3 Ogos-Jaringan tunggal Jean-Philippe Mateta pada separuh masa pertama membolehkan pasukan tuan rumah, Perancis mara ke separuh acara bola sepak lelaki Sukan Olimpik 2024 buat kali pertama dalam tempoh 40 tahun.

Pada perlawanan yang dilangsungkan di Bordeaux pada Jumaat, pasukan 'Les Bleus' berhasil menjaringkan gol pada minit ke-5 perlawanan menerusi tandukan Meteta hasil sepakan sudut.

Pasukan Perancis yang dibimbing oleh bekas penyerang legenda, Thiery Henry terpaksa bertahan dengan asakan pasukan Argentina yang berusaha mencari gol penyamaan.

Namun, ketumpulan jentera serangan mengecewakan pasukan bimbingan Javier Mascherano.

Kemenangan berkenaan menyaksikan Perancis berdepan dengan Mesir selepas pasukan tersebut menewaskan Paraguay menerusi sepakan penalti selepa terikat 1-1 sehingga tamat permainan.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD