fb fb fb fb fb

Sukma 2024: Skuad Muay Thai Kedah sasar lima pingat

Foto RTM

SUNGAI PETANI, 3 Ogos-Skuad Muay Thai Kedah menyasarkan lima pingat menjelang Sukma yang bakal berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos ini.

Menurut  Ketua Jurulatih Muay Thai Sukma Kedah, Rezal Mat Saad sasaran berkenaan adalah realistik memandangkan skuad tersebut mempertaruhkan muka-muka baharu.

Jelas Rezal, skuad berkenaan dianggotai tujuh atlet yang terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita berusia antara 17 hingga 20 tahun yang dibentuk sejak Oktober 2023.

Ujarnya, pasukan berkenaan telah menyertai beberapa kejohanan tempatan sebagai medan persiapan bagi menghadapi Sukma kali ini.

"Setakat ini program yang kita letakkan untuk atlet untuk melepasi tahap yang ditentukan.Terdapat lima kejohanan yang telah disertai di Terbuka Melaka, Perak, Kebangsaan dan di Selangor KL Fight", katanya yang ditemui di Akademi  Muay Thai Kedah, di sini.

Jelas Rezal, saingan sengit bakal dihadapi dari Perak, Selangor ,Johor dan Kuala Lumpur.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD