fb fb fb fb fb

Olimpik Paris 2024, busana perarakan kontinjen negara diperkenal Rabu depan

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh

PUTRAJAYA, 18 Julai - Menteri Belia dan sukan (KBS), Hannah Yeoh menyifatkan pakaian yang dicipta khas untuk kontinjen negara pada upacara perasmian Sukan Olimpik Paris 2024 sebagai rekaan yang elegan.

Beliau berkata pakaian hasil rekaan pereka fesyen terkenal tanah air, Rizman Ruzaini itu akan diperkenalkan pada 24 Julai ini.

"Saya percaya atlet kita bila mereka memakai baju itu pada hari perasmian sukan olimpik ini akan menjadi sesuatu kebanggaan kepada mereka dan apa yang kita utamakan adalah ciri-ciri yang menujukan mereka adalah rakyat Malaysia, yang keduanya adalah untuk keselesaan atlet kita," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran rasmi aplikasi Sistem Pengurusan Sukan Udara (SAMS) oleh Persekutuan Sukan Udara Malaysia (MSAF), di sini.

Upacara perasmian Olimpik Paris dijadual diadakan di Sungai Seine dengan bot akan membawa atlet bagi setiap delegasi negara.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN