PARIS, 5 Ogos- Atlet Amerika Syarikat (AS), Noah Lyles dinobat sebagai raja pecut Olimpik Paris 2024.
Gelaran itu diberi selepas Lyles mengungguli emas dalam acara akhir pecut 100 meter lelaki, dengan catatan masa 9.79 saat.
Hanya 0.005 saat memisahkan Lyles dengan pelari Jamaica, Kishane Thompson yang meraih perak.
Rakan senegara Lyles, Fred Kerley meraih gangsa dengan catatan masa 9.81 saat.
Kemenangan Lyles hanya disahkan menerusi 'photo-finish'.
Meski berkedudukan rapat, pemenang akan ditentukan jika sebahagian dada pelari melepasi garisan penamat.
Marcell Jacobs dari Itali, bekas penyandang pingat emas Olimpik Tokyo 2020 sekadar meraih tempat ke-5 dalam acara akhir itu, dengan catatan masa 9.85 saat.
Kejayaan tersebut sekali gus memberikan pingat emas pertama buat AS dalam tempoh 10 tahun bagi acara tumpuan itu.
Kali terakhir AS memenangi pingat emas adalah menerusi Justin Gatlin pada sukan Olimpik Athens 2004.- REUTERS