fb fb fb fb fb

Kedah sasar 10 kedudukan terbaik pada SUKMA 2024

Datuk Mohd Fauzi Mustaffa

ALOR SETAR, 5 Ogos- Kontinjen Kedah menyasarkan kedudukan 10 terbaik negeri bertanding pada edisi Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 di Kuching bermula 17 hingga 24 Ogos depan.

Ketua Kontinjen Kedah Datuk Mohd Fauzi Mustaffa berkata, sasaran itu dibuat berikutan melihat prestasi serta penilaian dibuat kepada atlet-atlet dipilih mewakili negeri menerusi pertandingan serta kejohanan disertai dalam tempoh setahun yang lalu.

"Kita yakin atlet-atlet yang kita pilih ini mampu mencapai kedudukan yang baik untuk ke podium dan kita yakin keseluruhan berdasarkan analisis.

"...kita mampu mencapai kedudukan pingat yang meletakkan negeri Kedah ini tangga 10 ke bawah," katanya selepas menjadi tetamu @sukan Kedahfm di RTM Kedah yang turut dihadiri pengarah MSN Kedah Zulzuraidy Othman.

Beliau yang juga Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) memberitahu pada edisi ke-20 lalu 2022 Kedah hanya berada kedudukan ke 12 dengan pungutan 16 emas,17 perak dan 30 gangsa dari 15 negeri bertanding.

Kedah menghantar 598 terdiri atlet, jurulatih dan pegawai dengan atlet lelaki 236 dan atlet wanita 148 orang dengan keseluruhan 384 atlet menyertai 32 dari 37 acara sukan dipertandingkan.

Lima sukan yang tidak disertai oleh Kedah ialah hoki, lawan pedang, renang dan softbol berikutan tidak mencapai sasaran dikehendaki oleh Majlis Sukan Negeri (MSN) Kedah .

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI