fb fb fb fb fb

Olimpik: Skuad berbasikal trek negara dalam persiapan akhir

Foto RTM

PARIS, 5 Ogos- Skuad berbasikal trek negara kini dalam persiapan akhir sebelum turun memulakan saingan pada 7 Ogos.

Ketua jurulatihnya, John Beasley berkata sesi latihan terakhir di Paris akan digunakan sebaiknya bagi memperbaiki semua kelemahan kecil.

Perkara tersebut merangkumi aspek teknikal, taktikal dan psikologi.

Menurut Beasley, pasukan turut menjalani latihan di Mallorca, Sepanyol sebelum ini.

Beliau turut berpuas hati dengan data dan maklum balas daripada atlet menunjukkan pasukan berada di landasan yang betul.

Mengulas mengenai sasaran kali ini,pengendali berusia 62 tahun itu hanya meletak sasaran catatan peribadi terbaik buat tiga atlet, Datuk Azizulhasni Awang, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom dalam acara pecut.

Jelas beliau, sasaran sebenar skuad negara adalah pada acara keirin.

Bagi memastikan pencapaian positif, beliau melaksanakan banyak simulasi bagi menilai taktikal lawan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM