KUALA LUMPUR, 19 Mac- Sekurang-kurangnya 20 atlet negara mampu layak ke Sukan Olimpik 2024.
Keyakinan itu disuarakan Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Olimpik 2024 Datuk Hamidin Mohd Amin.
Jelas beliau, jumlah maksimum boleh mencecah 29 atlet termasuk kelayakan secara merit, wild card dan kuota yang tidak digunakan selepas beberapa nama besar gagal melayakkan diri.
"Setakat ini kita dapat laporan ada beberapa acara sukan macam badminton,tapi dari segi mata Aaron dah layak,Zii Jia dah layak.
"Pearly-Thinaah dah layak,sama juga golf dan lain-lain dah layak", kata Hamidin ketika ditemui media di sini.
Setakat ini, lima atlet negara telah mengesahkan slot ke Olimpik.
Dalam perkembangan sama,Datuk Hamidin memaklumkan; bukan semua pengurus pasukan dapat ke Paris kali ini.
Jelas beliau ia susulan kuota pegawai terhad dan jumlah atlet yang kecil selain syarat keselamatan ketat oleh penganjur.
"Yang penting saya harap kumpulan pengurus pasukan memberi kerjasama penuh pada masa kini hingga atlet berada di sana dan kita akan cuba seberapa banyak untuk jurulatih. atau atlet