KUTUB UTARA, 14 Julai – Pelari Britain, Oleg Polyntsev dan wakil Amerika Syarikat, Becca Pizzi muncul juara edisi Musim Panas Maraton Kutub Utara (North Pole Marathon) yang berlangsung dalam keadaan cuaca ekstrem.
Acara unik berkenaan menyaksikan seramai 91 pelari dari 22 negara berentap dalam suhu -8 darjah Celsius, dengan jarak penglihatan terhad dan permukaan salji yang mencabar.
Polyntsev memenangi kategori lelaki dengan catatan masa 3 jam, 43 minit dan 25 saat, manakala Pizzi bukan sahaja muncul juara wanita, malah turut mencipta rekod baharu acara wanita dengan masa 4 jam, 46 minit dan 26 saat.
Sementara itu, satu pasukan terdiri daripada lima peserta termasuk dua pelari berusia lebih 70 tahun berjaya mencipta nama dalam Rekod Dunia Guinness selepas menamatkan perlumbaan sebagai “pasukan berantai terpantas” dengan masa keseluruhan 8 jam dan 52 minit. -REUTERS