fb fb fb fb fb

Obor Sukan Olimpik 2024 dibawa ke Perancis

Foto Reuters

PARIS, 18 April - Obor Sukan Olimpik Paris 2024 telah mula dibawa ke Perancis.

Perjalanan itu dilakukan menggunakan kapal layar yang bernama Belem selepas upacara tradisi menyalakannya berlangsung di Olympia, Greek, tempat lahirnya temasya sukan itu.

Kali pertama digunakan dalam Sukan Olimpik Musim Panas 1936 di Berlin, Jerman, 100 individu akan membawa obor sejauh 5,000 kilometer, melalui 41 bandar.

Obor berkenaan akan diserah kepada penganjur temasya di Athens pada 26 April.

Larian membawa obor pula akan bermula pada 8 Mei depan selepas ia tiba di Marseille.

Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Paris 2024 merupakan acara terbesar yang dianjurkan di Perancis.

Temasya yang akan menampilkan atlet-atlet terkemuka dunia ini akan berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD