fb fb fb fb fb

Nurul Atikah dipilih ke Piala Dunia Futsal Wanita 2025

Foto FB FAM

KUALA LUMPUR, 8 Ogos- Pengadil Malaysia, Nurul Atikah Janah telah dipilih ke Piala Dunia Futsal Wanita 2025 yang akan berlangsung di Filipina bermula 21 November hingga 7 Disember 2025.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memaklumkan, Nurul Atikah, 32, merupakan satu-satunya pengadil futsal wanita dalam kalangan 23 pengadil Malaysia berada dalam senarai Pengadil FIFA 2025.

"FAM mengucapkan tahniah kepada Nurul Atikah kerana berjaya berada dalam senarai 26 orang pengadil yang terpilih ke pentas Piala Dunia Futsal Wanita.

"Kami mengucapkan selamat menjalankan tugas di kejohanan itu nanti," menurut kenyataan yang dikongsi di laman Facebook FAM.

Sejak memakai lencana Pengadil FIFA bermula tahun 2023, Nurul Atikah bukan saja mengadili perlawanan futsal wanita.

Malah turut diberi kepercayaan mengadili perlawanan futsal lelaki di peringkat domestik dan antarabangsa, termasuk Final Kejuaraan Futsal Kelab AFF 2023 di Korat, Thailand.

NIK MOHD HAFIZUL BAHARUDDIN

Hello