fb fb fb fb fb

Nurqayyum bawa cabaran skuad terjun negara di Singapura

Nurqayyum Nazmi akan menyertai Kejohanan Akuatik Dunia Singapura 2025 - Foto FB MAS

KUALA LUMPUR, 19 Jun - Pemenang pingat gangsa acara Papan Anjal 3 meter Lelaki di Kejohanan Terjun Remaja Dunia tahun lepas, Nurqayyum Nazmi Mohamad Nazim akan menyertai Kejohanan Akuatik Dunia Singapura 2025 dari 11 Julai hingga 3 Ogos ini.

Pengarah Teknikal Terjun Kebangsaan, Yeoh Ken Nee berkata, selain Nurqayyum, empat lagi penerjun lelaki iaitu Enrique Harold Maccartney, Elvis Priestly, Yong Rui Jie, dan Syafiq Puteh turut dipilih untuk mewakili Malaysia dalam kejohanan tersebut.

1906 SKN TERJUN SINGPORE WORLD CHAMP 4Pengarah Teknikal Terjun Kebangsaan, Yeoh Ken Nee

Beliau berkata, semua atlet berkenaan dipilih selepas berjaya mencapai skor kelayakan minimum (MQS) yang ditetapkan.

"Namun kini segala-galanya bergantung kepada data, sebab itu kami perlu membuktikan bahawa penerjun baharu ini benar-benar berkualiti.

"Jika mereka berjaya mencapai markah kelayakan minimum (MQS), kami akan bawa mereka menyertai kejohanan-kejohanan lain," katanya pada sidang media khas Persatuan Renang Malaysia (MAS) di sini, hari ini.

Menurutnya, penyertaan ke kejohanan dunia kini bukan lagi hanya untuk mencari pengalaman, tetapi sebagai bukti atlet mampu sumbang sesuatu kepada negara.

1906 SKN TERJUN SINGPORE WORLD CHAMP 2Pandelela bersama Yiat Qing akan beraksi dalam acara 10M platform seirama - Foto FB MAS

Sementara itu, bagi kategori wanita, ratu terjun negara Pandelela Rinong bersama gandingannya yang juga juara Sukan SEA 2024, Lee Yiat Qing, telah dipilih untuk beraksi dalam acara 10 meter platform seirama.

Gandingan itu diharap mampu menyumbang sekurang-kurangnya satu pingat pada kejohanan tersebut.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Persatuan Renang Malaysia (MAS) mengesahkan Datuk Seri Shahidan Kassim akan mengekalkan jawatannya sebagai Presiden persatuan itu sehingga Jun 2027, selepas tiada pencalonan lain diterima menjelang tarikh tutup pencalonan pada 13 Jun lalu.

MUHAMMAD APENDY BIN ISSAHAK