fb fb fb fb fb

Nurfarahin juarai kejohanan golf Trofi Mazda 2024

Kesemua peserta yang mengambil bahagian pada kejohanan golf Trofi Mazda 2024

KUALA LUMPUR, 27 Jun- Seramai 256 peserta memeriahkan kejohanan golf Trofi Mazda 2024 anjuran Bermaz Motor Trading Sdn Bhd yang berlangsung di Glenmarie Golf & Country Club, baru-baru ini.

Kejohanan membabitkan pecahan dua kategori  itu menyaksikan Nurfarahin Husin (handicap 26) menjuarai Kategori Ahli Kelab dengan skor 64 (nett) manakala Kamarulzaman Mansor (handicap 21) merangkul trofi Kategori Jemputan dengan skor 63 (nett).

Kedua-dua mereka membawa pulang trofi dan hadiah iringan berupa baucar bernilai RM1,000.

Diadakan di dua lapangan Kelab Golf Glenmarie, pelbagai hadiah sampingan menarik ditawarkan kepada peserta termasuk cabutan bertuah berupa jam berjenama, televisyen dan baucar rebat sehingga RM5,000.

Menurut Pengarah Eksekutif Bermaz Motor Trading Sdn Bhd, pihaknya teruja dengan sambutan yang diterima pada kejohanan kali ini.

"Kami amat gembira dengan sambutan luar biasa terhadap Trofi Mazda 2024 yang menyaksikan banyak penyertaan diterima.

"Saya amat berterima kasih kepada semua pemain yang menyatakan sokongan terhadap kejohanan ini dan mengalu-alukan anda semua untuk menyertai lagi pertandingan ini pada tahun depan Glenmarie Golf & Country Club," katanya.

Selain itu, beliau turut memuji pengurusan terbaik kejohanan tersebut serta tahap kesediaan lapangan golf mencabar.

2706 GOLF MAZDA 2Nurfarahin Husin muncul juara Kategori Ahli Kelab 

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE