fb fb fb fb fb

NPE Highway Challenge terima penyertaan lebih 8,000 peserta

KUALA LUMPUR, 9 Julai - Seramai 8,500 peserta menyertai NPE Highway Challenge siri ke-2 di Lebuhraya Baru Pantai (NPE) pagi tadi.

Larian yang bermula pada pukul 5.30 pagi itu disempurnakan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Divisyen Tol IJM, Wan Salwani Wan Yusoff berkata, beliau berpuas hati dengan penganjuran kali ini yang telah mencapai sasaran yang ditetapkan.

(Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Divisyen Tol IJM, Wan Salwani Wan Yusoff)

"Memang kita jangka sekitar 9,000 ke 10,000 pelari untuk NPE run siri ke-2 ini dan kita sudah mencapai sasaran campur dengan BESRAYA sekitar 15,000. Ini pertama kali selepas COVID kita buat secara fizikal dan ini memang yang ditunggu-tunggu," katanya.

NPE Highway Challenge yang bertemakan 'King Of The Highway' menawarkan tiga kategori iaitu Fun Run 5km, 10km serta Cabaran Larian 21km, mengikut peringkat umur tertentu.

NPE Highway Challenge merupakan salah satu larian IJM Allianz Duo Highway Challenge 2023 selain Besraya Highway Challenge.

IJM Allianz Duo Highway Challenge adalah penganjuran larian kali pertama di dunia membabitkan dua lebuhraya utama di Malaysia yang diuruskan oleh IJM.

Media Baharu