fb fb fb fb fb

Norza dilantik Naib Presiden OCA bagi zon Asia Tenggara

FOTO FB Olympic Council of Malaysia

KUALA LUMPUR, 8 September- Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dilantik sebagai Naib Presiden Majlis Olimpik Asia (OCA) bagi zon Asia Tenggara pada Perhimpunan Agung yang diadakan di New Delhi, India hari ini.

Norza yang baru sahaja melepaskan jawatan selaku Presiden Badminton Malaysia (BAM) merupakan calon tunggal memenangi jawatan tersebut tanpa bertanding.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden MOM, Tan Sri Hamidin Mohamad Amin menzahirkan ucapan penghargaan selain percaya pemilihan Norza bagi penggal 2024-2028 mampu mengukuhkan Pergerakan Olimpik di rantau ini.

Menerusi satu kenyataan, beliau menyatakan pemilihan itu membuktikan sifat kepimpinan serta dedikasi beliau terhadap kemajuan Pergerakan Olimpik bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh rantau Asia.

Norza merupakan rakyat Malaysia kedua memegang jawatan tersebut selepas Allahyarham Tan Sri Hamzah Abu Samah yang menjawatnya pada 1982.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE