fb fb fb fb fb

Nidzam tagih sokongan peminat

PETALING JAYA, 22 Ogos - Ketua jurulatih sementara Selangor FC, Nidzam Jamil berharap para peminat terus memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukannya yang kini sedang bergelut dengan prestasi yang tidak menentu dalam saingan Liga Super.

Selepas ketiadaan bekas pengendali, Michael Feichtenbeiner, Selangor masih gagal merekodkan sebarang kemenangan apabila tewas kepada Terengganu minggu lalu dan kali ini, tunduk 0-1 kepada PJ City FC semalam.

Pada aksi Stadium MBPJ itu, Selangor terpaksa pulang dengan tangan kosong selepas Darren Lok meledakkan gol kemenangan PJ City pada minit ke-59.

Ini kekalahan keempat berturut-turut The Red Giants, sekali gus menimbulkan kemarahan penyokong setia mereka terhadap kualiti pasukan yang pernah bergelar juara Piala Malaysia sebanyak 33 kali itu.

Sementara itu Ketua Jurulatih PJ City, P. Maniam meluahkan rasa puas hatinya terhadap persembahan anak buahnya.

Keputusan itu menyaksikan Selangor menghuni tangga kesembilan selepas hanya mengumpul 16 mata daripada 15 perlawanan manakala PJ City naik ke tangga ke-10 dengan 16 mata.

Media Baharu