fb fb fb fb fb

Neymar 'sudah tahu' Messi Ke Miami

(FOTO AFP)

RIO DE JANEIRO, 10 Jun - Penyerang Brazil, Neymar mendedahkan beliau mengetahui rahsia bahawa Messi akan meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG) untuk menyertai Inter Miami sebelum ianya diumum secara rasmi.

"Saya sudah tahu tentang perkara itu" kata Neymar sambil ketawa sebagai menjawab soalan di saluran YouTube NBA Brazil mengenai reaksinya terhadap pengumuman pemergian rakan sepasukan Argentinanya ke Florida.

Neymar berada di Miami untuk bercuti dan menghadiri Perlawanan Ketiga Pusingan Akhir NBA antara Miami Heat dan Denver Nuggets pada Rabu.

(Neymar mengaku mengetahui rahsia Messi yang akan bergabung ke Miami sebelum
pengumuman rasmi / FOTO AFP)

"Saya tahu dia akan datang ke sini, kami sudah bercakap mengenainya. Saya memberitahunya dia akan gembira di Miami.

"Saya sangat gembira untuknya, dan pada masa yang sama sedikit sedih kerana dia pergi," kata Neymar yang bermain bersama Messi di Barcelona dari 2013 hingga 2017 dan kemudian untuk dua musim terakhir di PSG.

Tambah Neymar, masa depannya di PSG juga tidak menentu selepas mengalami kecederaan berpanjangan.

Neymar berkata dia yakin Messi akan membantu Major League Soccer (MSL) mencapai tahap yang lebih tinggi.

"Ia akan menjadi liga yang lebih popular, dengan lebih ramai penonton, dan semua orang akan mendapat manfaat daripadanya," kata bintang PSG itu.

Kapten Argentina, Messi, 35 mengumumkan pada Rabu dia akan menyertai Inter Miami pada penghujung kariernya dan tidak akan kembali ke Barcelona atau menyertai pesiang hebatnya, Cristiano Ronaldo di Arab Saudi.-AFP

Media Baharu