KOTA KINABALU, 10 November - Aksi separuh akhir pertama Piala FA antara Sabah FC dan Selangor FC berakhir dengan keputusan seri 2-2, sekali gus menjadikan pertemuan timbal balik di Petaling Jaya nanti sebagai penentu siapa yang bakal mara ke pentas final
Jurulatih Sementara Selangor FC, Christophe Gamel ketika ditemui pemberita berkata, pertembungan separuh akhir pertama Piala FA menentang Sabah FC sebagai 'perlawanan sebenar Piala' yang penuh dengan turun naik dan aksi dramatik kedua-dua pihak
Bagaimanapun beliau mengakui sedikit kecewa kerana pasukannya memasuki perlawanan tanpa fokus penuh dan beranggap pasukannya berpeluang untuk memenangi perlawanan sekiranya lebih fokus dan kompak di bahagian pertahanan
"Saya sangat bangga dengan kumpulan ini. Saya tidak akan kata pasukan sahaja, tetapi keseluruhan kumpulan kerana mereka mendedikasikan diri sepenuhnya. Anda boleh lihat usaha mereka; walaupun letih, tiada alasan, mereka terus berjuang.
"Padang juga mencabar, dan lawan pun hebat. Saya tidak faham mengapa mereka berada di kedudukan sebegini dalam jadual Super League, tetapi mereka juga sedang berkembang seperti kami, perlawanan demi perlawanan," katanya.
Beberapa penambahbaikan menjelang aksi timbal balik di Petaling Jaya yang bakal menjadi perlawanan penentuan untuk mara ke perlawanan Akhir Piala FA akan dilakukan.
Sementara itu Ketua Jurulatih Sabah FC, Jean-Paul De Marigny, berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan anak buahnya dalam aksi pertama ini.
Prestasi yang ditunjukkan di separuh masa pertama dalam menguasai permainan dan mencipta beberapa peluang gol menunjukkan potensi sebenar pemain serta disiplin taktikal yang diterapkan berjaya diterjemahkan di atas padang
Namun beliau mengakui pemainnya gagal mengekalkan rentak dan disiplin taktikal serta tumpuan membolehkan lawan bangkit dengan menjaringkan dua gol di separuh masa kedua
"Pada separuh masa kedua, saya rasa kami menjauh daripada gaya permainan dan struktur kami, serta meninggalkan empat prinsip utama pasukan. Apabila perkara ini berlaku, masalah memang tidak dapat dielakkan. Itu yang saya perhatikan.
"Apabila kami membuat beberapa perubahan, permainan kami kembali berkembang kerana kami berani, membuat penyesuaian dan mengejar perlawanan. Kami berjaya menjaringkan gol yang disasarkan. Ini satu perkara yang baik. Namun, saya anggap ia sebagai pengajaran penting untuk semua pemain — mereka perlu kekal berpegang pada empat prinsip utama ini agar dapat menikmati ganjarannya," katanya.
Tambahnya, beliau memuji kesefahaman di antara pemain khususnya di barisan pertahanan yang menunjukkan peningkatan berbanding perlawanan lalu, termasuk dalam menangani asakan demi asakan yang diberikan oleh Selangor FC
Sabah mendahului menerusi gol awal oleh Ajdin Mujagić pada minit ke-13, hasil hantaran menerusi tandukan dari Jafri Firdaus Chew
Bersambung di babak kedua, Selangor FC berjaya mendapatkan jaringan apabila Dane Ingham tertampan bola masuk ke gawang sendiri pada minit ke-65, menjadikan kedudukan 1-1
Selangor kemudian mengambil alih dengan gol oleh Nooa Laine pada minit ke-80, tetapi Sabah menjaringkan gol penyamaan dramatik melalui Ajdin Mujagić pada masa kecederaan untuk menyamakan kedudukan 2-2
Aksi perlawanan Kedua Separuh Akhir Piala FA diantara Selangor menentang Sabah FC akan berlangsung pada di Stadium MBPJ pada 30 November ini