fb fb fb fb fb

JDT tewaskan Terengganu 3-1

(Foto FB JOHOR Southern Tigers)

KUALA NERUS, 9 Jun- Pertembungan antara Terengganu FC (TFC) dan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak yang memasuki pusingan kedua Liga Super 2023 pada perlawanan ke-14, menyaksikan keputusan 1-3.

JDT yang turun tanpa sebarang rekod kekalahan ataupun seri dalam pusingan pertama liga, terus gah melakar kemenangan ke-14 mereka musim ini. 

Terdahulu percubaan berbahaya terlebih dahulu diperolehi tuan rumah pada minit ke-17  menerusi pemain sayap kiri, Sony Norde di dalam kotak penalti, namun percubaannya melepasi palang.

Gol pertama JDT diperolehi pada minit ke-20 menerusi Fernando Forestieri dalam situasi kelam kabut barisan pertahanan tuan rumah. 

Pemain bernombor jersi 49 itu berjaya memanfaatkan peluang tersebut dengan melakukan tendangan libas diluar kotak penalti.
 
Menghampiri minit ke-28, Sony Norde berjaya meledakkan gol penyamaan menerusi situasi tendangan bola mati yang diambil diluar kotak penalti. 

Tendangan kencangnnya itu berjaya menembusi benteng pertahanan JDT yang terus menerjah ke jaring tanpa dapat dibaca penjaga gawang JDT Ahmad Syihan Hazmi Mohamed. 

Pada minit tambahan separuh masai JDT dihadiahkan penalti oleh pengadil Perlawanan Mohd Fusser mad Sallih selepas mendakwa Sony Norde mengasari Arif Aiman ketika cuba membuat percubaan. 

Penalti tersebut berjaya disempurnakan oleh Bergson da Silvia untuk JDT mendahului kembali 2-1  sebelum rehat babak pertama.

Pada minit 52 TFC kehilangan seorang pemain pertahanan apabila Argim Redzonic dilayangkan kad merah oleh pengadil Mohd Fusser selepas mengutip kad kuning keduanya pada perlawanan ini. 

JDT berpeluang menambah gol ketiga pada minit ke-70,menerusi Fernando Forrestiueri, namun tendangan kencangnya dalam kotak penalti ketika hanya berhadapan Mohd Suhaimi Husin melewati palang gol. 

Lebih memeritkan lagi pada apabila Terengganu FC terpaksa kehilangan  penyerang gantian yang baru beberapa minit dimasukkan menggantikan Domagoj Pusic di layangkan kad Merah pada minit-73. 

Pada minit tambahan pemain gantian JDT, Endrick dos Santos menyumbang gol ketiga buat pasukannya untuk kedudukan keputusan muktamad, 3-1.

(Foto FB JOHOR Southern Tigers)

Media Baharu