fb fb fb fb fb

Negara ketandusan pelapis atlet terjun

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR, 11 Februari - Kegagalan skuad terjun kebangsaan menambah jumlah atlet ke Sukan Olimpik Paris 2024 menunjukkan ketandusan pelapis yang 'ampuh' bagi sukan itu.

Penganalisis sukan Mohd Sadek Mustafa berkata, Persekutuan Renang Malaysia (MS) tidak dapat meneruskan kesinambungan kejayaan skuad terjun negara pada 2012 yang meraih pingat perak di Sukan Olimpik London menerusi Datuk Pandelela Rinong. 

Jelas Sadek, kegagalan persatuan renang merencana program berterusan selepas Olimpik London 2012.

"Jika ada atlet pelapis digilap dalam tempoh 12 tahun sebelum ini, mereka sudah matang dan bertanding di kejohanan dunia sekarang

"Ia kaedah yang dipraktis pasukan negara Eropah, China dan Amerika Selatan, yang mengetengahkan generasi baharu," kata Mohd Sadek di sini.

Katanya, jawatankuasa Road to Gold (RTG) juga perlu mempertimbang Bertrand Rhodict Lises selain memberi tumpuan kepada penerjun muda itu untuk lebih menyinar di pentas antarabangsa.

Bertrand, 18 tahun, merupakan satu-satunya individu membawa cabaran skuad terjun negara ke Sukan Olimpik 2024 menerusi acara 10 meter platform lelaki manakala nama besar seperti Datuk Pandelela dan Nur Dhabitah gagal melayakkan diri. 

TETITIA YUSOFF