fb fb fb fb fb

Nasib Jürgen Klinsmann, mungkin dipecat - KFA

Foto Reuters

SEOUL, 15 Februari- Jawatankuasa penasihat Persatuan Bola Sepak Korea (KFA) mengesyorkan pemecatan ketua jurulatihnya, Jürgen Klinsmann pada Khamis selepas mereka tersingkir di separuh akhir Piala Asia 2024, termasuk aspek kepimpinannya.

Jawatankuasa pasukan kebangsaan bagaimanapun menyerahkan keputusan terhadap cadangan itu kepada Lembaga Eksekutif KFA, dengan Klinsmann masih mempunyai kontrak sehingga Piala Dunia 2026.

Korea Selatan yang mengungguli tangga ke-3 Asia, tewas 2-0 kepada Jordan yang berada di ranking ke-71 pada separuh akhir Piala Asia, mendorong peminat dan beberapa ahli politik menggesa pemain berusia 59 tahun itu dipecat.

Populariti jurulatih Jerman itu di Korea menjunam semasa kejohanan, apabila ramai yang mengkritik sikapnya, tersenyum walaupun keadaan tidak sesuai untuk pasukannya di atas padang.

Di luar padang, Klinsmann juga berulang kali menghadapi kritikan kerana sering bekerja di Los Angeles dan hanya 'cakap kosong' untuk menghabiskan masanya di Korea Selatan.

Dia mengambil bahagian dalam mesyuarat Khamis melalui panggilan video.

"Atas pelbagai sebab, jurulatih Klinsmann tidak lagi boleh menjalankan kepimpinan sebagai jurulatih pasukan kebangsaan dan perlu diganti," kata Hwang Bo-Kwan, Pengarah Teknikal KFA kepada pemberita selepas mesyuarat itu.

Klinsmann dilihat seperti 'acuh tak acuh' terhadap tugasnya, sekali gus mencetus tanggapan buruk peminat bola sepak Korea.

Klinsmann, yang memenangi Piala Dunia pada 1990 sebagai pemain, sebelum ini pernah mengendalikan pasukan kebangsaan Jerman dan A.S., serta kelab Bundesliga Bayern Munich.

Dia mengambil alih Korea Selatan tahun lalu selepas Paulo Bento meletak jawatan berikutan kekalahan mereka kepada Brazil pada pusingan 16 terakhir Piala Dunia pada 2022.- REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM