fb fb fb fb fb

Napoli pamer kesungguhan rebut gelaran juara

(Pemain pertahanan Napoli, Min-jae Kim (tengah) dan pemain tengah AC Milan, Brahim Diaz
 bergelut merebut bola semasa perlawananantara AC Milan dan Napoli/AFP)

MILAN, 19 September- Napoli membuktikan jkesungguhan skuadnya untuk merebut gelaran Serie A menerusi kemenangan 2-1 di AC Milan yang mengekalkan mereka sebagai pendahulu liga sementara krisis melanda Juventus berterusan selepas kekalahan memalukan di tangan Monza.

Penalti Matteo Politano 10 minit selepas bermula babak pertama dan tandukan Giovanni Simeone ketika perlawanan berbaki 12 memberikan kemenangan buat Napoli di San Siro.

Ia berjaya dilakukan tanpa penyerang yang cedera, Victor Osimhen dan jurulatih yang digantung, Luciano Spalletti.

Napoli kini berada tiga mata di hadapan juara bertahan, Milan yang jatuh ke tangga kelima selepas kekalahan pertama musim ini.


"Ini bukan hanya mengenai kualiti, ini ialah sebuah pasukan yang memiliki keazaman kuat dan sedia berkorban," kata pemain gantian, Simeone kepada DAZN.

Napoli kini di kedudukan teratas menerusi perbezaan gol dengan Atalanta, yang menang 1-0 di Roma, dan satu mata di depan Udinese yang menewaskan Inter Milan 3-1.

"Apa yang dimahukan pasukan ini ialah memberikan semuanya dan bertambah baik setiap hari." katanya.

(Penyerang Napoli Giacomo Raspadori (kiri sekali), penjaga gol, Davide Marfella, pemain pertahanan
Min-jae Kim, pemain tengah Piotr Zielinski dan pemain pertahanan Giovanni Di Lorenzo bersorak kepada penonton
selepas  perlawananantara AC Milan dan Napoli/AFP)


Gol pertama Simeone dalam Serie A buat Napoli menamatkan rentetan 22 perlawanan tanpa kalah buat Milan, yang menyamakan kedudukan pada minit ke-69 menerusi Olivier Giroud.

"Saya langsung tidak gembira sama seperti pemain saya.

"Kami hanya menjaringkan satu gol dan ia tidak mencukupi daripada apa yang kami cipta," kata jurulatih Milan, Stefano Pioli kepada DAZN.

"Saya harap kami belajar untuk menjadi lebih tajam di depan gol kerana kami melakukan perkara betul kecuali kesilapan dua kali dalam kawasan penalti," tambahnya - AFP

Media Baharu