MILAN, 26 November -Napoli merekodkan kemenangan susulan kembalinya Walter Mazzari sebagai pengurus selepas menang 2-1 menentang Atlanta.
Eljif Elmas menjadi wira Napoli apabila menjaringkan gol sebelas minit sebelum tamat permainan di Stadium Gewiss di Bergamo.
Pada perlawanan berkenaan, Napoli yang bermain sebagai pasukan pelawat berjaya membuka tirai jaringan menerusi pemain Georgia, Khvicha Kvaratskhelia pada minit ke-44 sebelum tuan rumah menyamakan kedudukan pada minit ke-53.
Elmas, pemain tengah Mecedonia Utara menjaringkan gol kemenangan berpunca daripada hantaran pemain gantian,Victor Osimhen selepas kegagalan penjaga gol Atlanta, Marco Carnesecchi mengeluarkan bola daripada kotak penalti.
Kemenangan tersebut meletakkan Napoli berada di tangga keempat liga, ketinggalan tujuh mata dibelakang pendahulu, Inter Milan yang akan bertandang ke Turin menentang Juventus.
"Pasukan ini mendominasi liga musim lalu. Mereka antara pemain yang bermain bola sepak terbaik di Eropah dengan pemain yang tidak diletakkan pada posisi yang sepatutnya.
"Akan ada pemain yang akan digugurkan selepas ini", kata Mazzari kepada DAZN.
Mazzari kembali ke Napoli minggu lalu selepas pemecatan bekas pengurus, Rudi Garcia sekali gus mengulangi peranan yang ditinggalkan lebih sedekad lalu selepas menjadi individu penting membawa kembali kelab dari Selatan Itali itu kembali ke peringkat elit bola sepak Itali.
Pengurus berusia 62 tahun itu membimbing Napoli menjuarai Piala Itali pada 2012 menewaskan juara bertahan Juventus di final.
Kejayaan tersebut merupakan piala pertama buat kelab tersebut dalam tempoh 20 tahun sebelum berhijrah ke Inter Milan pada 2013.-AFP