fb fb fb fb fb

Napoli bangkit tewaskan Juventus 2-1

Foto REUTERS

NAPLES, Itali, 25 Januari – Napoli berjaya melakukan kebangkitan luar biasa untuk menewaskan Juventus 2-1 dalam perlawanan sengit pada Sabtu, sekali gus memberikan Juventus kekalahan pertama mereka dalam saingan Serie A musim ini.

Pemain pinjaman, Randal Kolo Muani, menjaringkan gol pada penampilan sulungnya untuk memberikan Juventus pendahuluan dua minit sebelum rehat.

Namun, Napoli bangkit menerusi jaringan penyamaan Andre Frank Zambo Anguissa pada minit ke-57 dan penalti Romelu Lukaku pada minit ke-69 untuk memastikan kemenangan pasukan tuan rumah.

Napoli kini mendahului carta liga dengan 53 mata, enam mata di hadapan Inter Milan yang mempunyai dua perlawanan dalam tangan.

Juventus berada di tangga kelima dengan 37 mata.

Kekalahan berkenaan menambah lagi musim mengecewakan untuk Juventus menyaksikan pasukan bimbingan Thiago Motta itu mencatatkan 13 keputusan seri sebelum mengalami kekalahan pertama musim ini di tangan Napoli yang kini tidak pernah tewas dalam tujuh perlawanan berturut-turut dalam liga.-REUTERS.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD