fb fb fb fb fb

Najmul Hossain Shanto ketuai Bangladesh hadapi di Sri Lanka

Foto AFP

DHAKA, 5 Jun - Najmul Hossain Shanto akan mengetuai skuad Bangladesh bagi dua perlawanan ujian menentang Sri Lanka bulan ini, sempena dengan Kejohanan Ujian Dunia (World Test Championship). 

Penjaga wicket merangkap batsman, Litton Das, pemain boling Nahid Rana, Hasan Murad turut dipanggil semula menyertai pasukan beserta 12 orang pemain lainnya.

Tiga pemain yang beraksi dalam siri Ujian menentang Zimbabwe sebelum ini bagaimanapun digugurkan iaitu Tanvir Islam, Tanzim Hasan Sakib, dan Mahmudul Hasan Joy.

Perlawanan Ujian pertama akan berlangsung di Galle pada 17 Jun, manakala Ujian kedua dijadualkan berlangsung di Colombo bermula 25 Jun. - AFP

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN