fb fb fb fb fb

Lawatan Presiden Jawatankuasa Paralimpik Korea Selatan ke Malaysia, simbol kerjasama erat

Jung Jin Owan mendengar taklimat

KUALA LUMPUR, 5 Jun - Presiden Jawatankuasa Paralimpik Korea Selatan, Jung Jin Owan, hari ini melakukan lawatan rasmi ke Malaysia buat kali pertama sejak tahun 2006.

Lawatan bersejarah itu disambut baik oleh Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin, yang menyifatkannya sebagai simbol kerjasama erat antara dua negara dalam pembangunan sukan para di peringkat Asia.

"Kehadiran beliau merupakan satu berita baik buat kami di NPC Malaysia. Korea bakal menganjurkan perhimpunan agung IBC September nanti dan Malaysia akan memainkan peranan penting semasa perhimpunan itu nanti," katanya mengulas berkenaan lawatan rasmi tersebut.

MPM dan NPC Korea turut merancang bagi melaksanakan program pembangunan bersama membabitkan pertukaran pasukan sukan para melibatkan atlet di dalam dan luar program kebangsaan.

Perancangan awal program latihan bersama dijangka bermula seawal Januari 2026, selepas temasya ASEAN Para Games, dengan penyertaan sukan tertentu yang akan dikenal pasti kelak.

Sementara itu Datuk Seri Megat turut menyatakan kemungkinan untuk beliau menyertai pemilihan jawatan tertinggi dalam komuniti paralimpik antarabangsa (IPC).

Ujarnya, keputusan itu belum diputuskan dan hanya bergantung kepada perbincangan lanjut selepas ini.

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN