fb fb fb fb fb

Mural raksasa Maradona hiasi bangunan 12 tingkat di Buenos Aires

BUENOS AIRES, 26 November-Rakyat Argentina memperingati legenda bola sepaknya, Diego Maradona sempena dua tahun pemergiannya.

Wajah ikon bola sepak itu menghiasi sebuah bangunan setinggi 12 tingkat di Buenos Aires.

Lukisan mural itu memaparkan Maradona sedang memakai jersi kebangsaan Argentina.



(Mural raksasa Maradona karya Alfredo Segatori di salah sebuah bangunan
di Buenos Aires /REUTERS)

Turut menjadi tumpuan, lukisan setinggi 11 meter mendiang di sebuah bangunan lain dengan memakai jersi kelab Boca Junior.

Pada lukisan berkenaan juga dapat dilihat imej trofi piala dunia, bendera Argentina selain memakai penutup kepala, simbolik kepada Piala Dunia Qatar 2022.

Maradona meninggal dunia pada 25 November 2020 akibat serangan jantung pada usia 60 tahun.

Mural hasil karya Alfredo Segatori itu juga diharap dapat memberi semangat kepada pasukan yang digelar 'La Albiceleste' bagi meraih kejuaran di Piala Dunia 2022 di Qatar.

"Saya berharap lukisan tersebut dapat dilihat oleh pasukan kebangsaan sekaligus memotivasikan mereka bagi perlawanan berdepan Mexico," kata pelukis mural itu kepada media.

Pasukan bola sepak Argentina berdepan misi hidup mati berdepan Mexico awal pagi esok selepas tewas mengejut 1-2 kepada Arab Saudi pada perlawanan pertama kumpulan C awal minggu ini.

Media Baharu