fb fb fb fb fb

Hashim Mustapha kritikal, terpaksa ditidurkan

KOTA BHARU, 26 November- Bekas pemain bola sepak kebangsaan dan Kelantan era 90-an, Mohd Hashim Mustapha dimasukkan ke hospital dan kini dilaporkan dalam keadaan kritikal akibat masalah komplikasi kencing manis.

Hashim merupakan bekas pemenang anugerah Kasut Emas Liga Malaysia pada 1990, 1993 dan 1994.

Beliau yang kini berada di zon merah Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM), Kubang Kerian terpaksa ditidurkan berikutan keadaan jantung yang semakin tidak stabil.

Pada Oktober lalu, Mohd Hashim yang berusia 57 tahun itu telah menjalani pembedahan memotong kaki kirinya, akibat penyakit kencing manis yang dialaminya sejak beberapa tahun lalu.

Lagenda bola sepak Kelantan itu pernah dinobatkan penjaring terbanyak dan memenangi anugerah kasut emas pada era 90-an dalam saingan Liga Malaysia selain turut mewakili negara pada era itu.

Mohd Hashim Mustapha

Penyerang kelahiran Kota Bharu itu, pernah dilantik sebagai penolong jurulatih pasukan Kelantan pada 2010 sehingga 2012 dan pernah menjadi ketua jurulatih pasukan Tok Janggut Warriors FC yang beraksi dalam Liga M3.

Media Baharu