fb fb fb fb fb

JDT juara Piala Malaysia 2022

(Pasukan JDT meraikan kejayaan selepas berjaya menewaskan pasukan Selangor FC
dengan keputusan 2-1 pada Perlawanan Akhir TM Piala Malaysia 2022/BERNAMA)

BUKIT JALIL, 27 November- Johor Darul Takzim (JDT) terus menguasai kancah bola sepak negara apabila muncul juara Piala Malaysia 2022 dengan menundukkan Selangor FC dalam perlawanan akhir.

Dalam pertemuan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, kedua-dua pasukan turun dengan misi berbeza.

Pasukan The Red Giants yang memburu gelaran ke-34 terpaksa menangguhkan lagi hasrat tersebut apabila kecundang kepada skuad Harimau Selatan.

Anak buah Tan Cheng Hoe bagaimanapun terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-45 selepas dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan Herlison Caion.

Kedudukan itu bagaimanapun tidak bertahan lama apabila Bergson da Silva meledak gol penyamaan sebelum tamat separuh masa pertama berpunca daripada sepakan sudut.

Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan terus rancak melancarkan serangan.

Namun JDT yang berjaya meraih gol kedua hasil rembatan cantik Fernando Foriesteri pada minit ke-59.

Percubaan Selangor untuk bangkit selepas itu gagal dan keputusan 2-1 kekal sehingga wisel penamat.

Kemenangan ini melengkapkan gelaran ketiga JDT musim ini selepas menjulang Piala FA dan Liga Super.


(Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim meraikan kejayaan bersama pemain
selepas berjaya menewaskan pasukan Selangor FC/BERNAMA)

Media Baharu