fb fb fb fb fb

Mbappe bawa Perancis ke pusingan kalah mati

(Mbappe menjaringkan gol kedua pasukannya mengatasi penjaga gol Denmark
Kasper Schmeichel/Ihsan FIFA/AFP)

DOHA, 27 November- Kylian Mbappe menjaringkan dua gol bagi membantu juara bertahan, Perancis menewaskan Denmark 2-1 dalam perlawanan Kumpulan D dan muncul pasukan pertama layak ke pusingan kalah mati Piala Dunia 2022 Qatar.

Mbappe membuka jaringan pada minit ke-61.

Bagaimanapun tujuh minit kemudian Andreas Christensen menyamakan kedudukan untuk Denmark sebelum Mbappe memastikan kemenangan buat Les Bleus pada minit ke-86.

Setelah menjaringkan empat gol semasa kempen Perancis menjuarai Piala Dunia 2018 dan satu ketika menentang Australia, Mbappe kini menjaringkan tujuh gol dalam sembilan penampilan Piala Dunia.

Selepas menewaskan Australia 4-1 dalam perlawanan pembukaan mereka di Qatar, Deschamps menukar tiga daripada empat pemain pertahanan.

Theo Hernandez di bek kiri menggantikan abangnya yang cedera, selain Lucas dan Raphael Varane yang beraksi buat kali pertama dalam tempoh lebih sebulan setelah pulih daripada kecederaan. -AFP

(Mbappe meraikan kejayaan menjaringkan gol kedua pasukannya semasa perlawanan bola
sepak Piala Dunia Qatar 2022 Kumpulan D antara Perancis dan Denmark/Ihsan FIFA/AFP)

Media Baharu