fb fb fb fb fb

3,000 penyokong JDT banjiri Dataran MBJB saksikan final Piala Malaysia

JOHOR BAHRU, 27 November-Kejayaan Johor Darul Takzim (JDT) menjuarai Piala Malaysia buat kali kelima diraikan 3,000 penyokong setia, yang menyaksikan perlawanan akhir tersebut menerusi skrin gergasi di Dataran Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Johor Bahru malam tadi.

Rata-rata penyokong menyifatkankemenangan 2-1 menewaskan Selangor FC menebus kekalahan pasukan 'Harimau Selatan' pada perlawanan akhir Piala Malaysia tahun lalu.

Salah seorang penyokong, Mohammad Nor Arif Nasleem Mohd Nurad menyifatkan kedua-dua pasukan menunjukkan kualiti permainan yang bermutu dan sengit.

"Tapi di separuh masa pertama,Selangor bermain dengan sangat baik dan menyebabkan JDT terkejut, tapi apabila JDT sudah mendapat rentak permainan, mendapat satu gol dan tambahan satu gol pada separuh masa kedua, kita harap JDT dapat kekalkan kelebihan gol sehingga tamat permainan,"jelasnya.

Sementara itu, seorang lagi penyokong, Muhammad Haiqal Firdaus menyifatkantahun 2022 merupakan tahun gemilang buat pasukan JDT apabila menyapu bersih ketiga-tiga piala yang dipertandingkan.

"Johor menang pada edisi tahun ini, tunjukkan Johor mampu buat, Kita bangkit. Tahun lepas kita kalah dengan Kuala Lumpur City FC", katanya kepada media.

Media Baharu