fb fb fb fb fb

Jaringan Messi, Fernandez bantu Argentina menang ke atas Mexico

(Enzo Fernandez/FOTO AFP)

QATAR, 27 Novmeber - Jaringan Lionel Messi dan Enzo Fernandez pada separuh masa kedua sekali gus menghidupkan harapan Argentina untuk melangkah ke peringkat kalah mati kejohanan Piala Dunia FIFA dengan menundukkan Mexico 2-0 pada Sabtu.

Messi menyumbat gol dari jarak jauh pada minit ke-64 sebelum Fernandez menyumbang gol kedua Albiceleste pada minit ke-87 dalam perlawanan yang berlangsung di stadium Lusail, lapor Xinhua.

Pada perlawanan itu menyaksikan pengurus Argentina Lionel Scaloni membuat lima pertukaran ke atas pasukan yang sebelum ini tewas mengejut 1-2 di tangan Arab Saudi.

(Lionel Messi/FOTO AFP)

Seterusnya Argentina akan bertemu Poland dalam perlawanan akhir peringkat Kumpulan C pada Rabu manakala Mexico perlu menewaskan Arab Saudi untuk memastikan pasukan ini berpeluang mara ke pusingan kalah mati. - BERNAMA

Media Baharu