fb fb fb fb fb

Piala Dunia 2022 :Tewaskan Mexico, Scaloni tarik nafas lega

DOHA, 27 November- Pengurus dan jurulatih Argentina, Lionel Scaloni menarik nafas lega selepas bintang dan pemain tengah mereka, Lionel Messi membantu menghidupkan semula peluang pasukan itu menerusi gol pertama menetang Mexico awal pagi tadi.

Argentina yang berdepan penyingkiran sekiranya tewas berdepan Mexico, mengesahkan kemenangan dengan gol kedua oleh Enzo Fernandez.

Pasukan digelar ' La Albiceleste' perlu menang dalam pertemuan menentang Poland rabu depan bagi memastikan kemaraan dalam 16 pasukan terbaik.


(Pemain-pemain Argentina meraikan jaringan gol pertama ketika menentang Mexico /AFP)

Ditanya tentang imej yang menunjukkan pembantunya, Pablo Aimar yang mengalirkan air mata ketika perlawanan, Scaloni memberikan pandangannya sendiri berkaitan insiden tersebut.

"anda perlu berfikir, itu hanyalah sekadar perlawanan bolasepak", katanya.

"Saya menerima mesej daripada abang yang berkata dia menangis. Saya katakan perkara itu tidak boleh berlaku.

Scaloni turut menegur sikap pemain-pemain Argentina yang dibuai emosi ketika pertemuan menentang Mexico.

"Saya tidak berkongsi perkara seperti itu, pemain harus sedar ini hanyalah permainan bolasepak dan sikap seperti ini tidak boleh berterusan pada setiap perlawanan, katanya lagi.

"Sukar untuk setiap orang memahami tentang harapan,kalah dan menang. Apa yang penting adalah apa yang telah anda usahakan," katanya kepada media.

Scaloni turut berkata dia tidak akan meraikan sebarang kemenangan meski Argentina seri ketika menentang Poland.

Tambah Scaloni keputusan seri bakal mengakibatkan juara piala dunia dua kali itu itu tersingkir daripada pertandingan.

"Esok kita harus bersedia bagi perlawanan seterusnya. Perkara tersebut sama ketika kami memenangi Piala Copa Amerika. Kami harus berfikir apa langkah seterusnya", katanya kepada AFP.

Skuad 'La Albiceleste' bakal menentang Poland rabu ini dalam misi wajib menang sambil mengharapkan Arab Saudi tewas dalam perlawan menentang Mexico bagi menghidupkan peluang mara ke kelompok 16 terbaik.-AFP

Media Baharu