HANGZHOU, 25 Oktober- Kem olahraga berjaya menyumbang satu lagi pingat emas dalam acara larian 400 meter dalam kategori T20 melalui Muhammad Ammar Aiman Nor Azmi pada temasya Sukan Para Asia (APG) 2022 di sini.
Acara yang berlangsung di Pusat Sukan Huanglong itu meyaksikan atlet berusia 21 tahun berkenaan berjaya memecahkan rekod temasya dengan catatan masa 46.36 saat.
"Ketika berlari, saya hanya fokus untuk menang dan ingin mendapatkan pingat emas. Kemenangn ini ingin saya kongsikan bersama-sama rakyat Malaysia, keluarga dan jurulatih saya," katanya ketika ditemui RTM di sini.
Pingat Perak menjadi milik atlet para Indonesia,Alfin Nomleni dan gangsa milik atlet Iran,Torkamani Milad Ramazani.
Anak kelahiran Johor itu menjadikan kerinduan kepada keluarga menjadi penyuntik semangatnya untuk meraih pingat emas.
Sebelum itu penyertaan rakan sepasukannya Nasharuddin Mohd telah dibatalkan apabila beliau berlari di atas garisan putih.
Manakala bagi acara larian 400 meter kategori T36 atlet para Malaysia berjaya meraih pingat Gangsa menerusi Ahmad Fizzi Rosni dengan catatan masa 57.19 saat.
Pingat emas dalam acara itu menjadi milik atlet para China Deng Piecheng dengan catatan masa 55.17 saat dan pingat perak menjadi milik atlet para Jepun Matsumoto Takeru.