fb fb fb fb fb

Jonathan layak ke Paris 2024

Penembak kebangsaan Jonathan Wong Guanjie/FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 26 Oktober - Penembak kebangsaan Jonathan Wong Guanjie menjadi atlet Malaysia ketiga yang berjaya layak ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata pakar pistol itu, berjaya melayakkan diri ke Paris 2024 pada Kejohanan Menembak Asia ke-15 yang berlangsung dari 22 Okt hingga 2 Nov, di Changwon, Korea.

“Tahniah kepada Jonathan kerana layak ke Paris 2024. Kami mengucapkan yang terbaik untuk beliau dalam persiapannya untuk ke Sukan Olimpik Paris,” katanya dalam satu kenyataan.

Jonathan, 31, menamatkan acara 10 meter Air Pistol Lelaki di tempat keempat, yang membolehkan beliau layak buat kali kedua di Sukan Olimpik, selepas melakukannya buat kali pertama di Rio 2016.

Beliau kini menjadi atlet ketiga Malaysia layak ke Paris 2024, selepas Bertrand Rhodict Lises (Akuatik-Terjun) dan Nur Shazrin Mohamad Latif (Pelayaran). - BERNAMA

GRACE AISYAH KEDAYAN