fb fb fb fb fb

MUFC perlu kekal momentum sama untuk tundukkan Selangor FC, Selasa ini

FOTO FB MUFC

KRUBONG, 3 Julai- Skuad Melaka United (MUFC) perlu mengekalkan momentum sama seperti aksi malam ini sekiranya ingin membenam Selangor FC pada 5 Julai depan.

Jurulatih MUFC, Mohd Asri Ninggal berkata walaupun tanpa dua pemain import dan dua pemain tempatan, aksi yang ditunjukkan skuad Sang Kancil memuaskan hati.

Katanya, 'kerja rumah' yang diberikan kepada pemain membuahkan hasil terutama melihat kepada disiplin di atas padang dalam aksi menentang Harimau Selatan itu.

Walaupun mencatat mata seri 1-1 namum skuad Hijau Putih itu tidak banyak mensia-siakan peluang yang ada.

"Kita tahu yang JDT, dari segi 'ball position' mereka memang sangat bagus. Maka, kalau kamu bagi dia ruang, dia akan hukum kita lah. Kami rasa kami dah lakukan yang terbaik. Pemain pun termotivasi dengan kehadiran penonton yang ramai pada malam ini. Walau pun penyokong JDT ramai juga tetapi mereka nak buktikan yang mereka boleh bermain bola. Itu yang paling penting," kata Asri Ninggal yang ditemu bual pemberita RTM selepas perlawanan di Stadium Hang Jebat.

Sementara itu, Ketua jurulatih Johor Darul Tazim (JDT), Benjamin Mora turut menganggap MUFC bukan saingan yang boleh dipandang rendah.

"Seperti biasa, perlawanan di tempat lawan bukan satu perkara yang mudah. Namun pemain JDT dah lakukan yang terbaik, kita menyerang untuk menang. Kami tidak mengharap seri tapi bawa pulang satu mata itu lebih baik daripada tiada mata," kata Mora mengulas lanjut keseluruhan permainan JDT menentang MUFC.


(Foto Fail)

Media Baharu