fb fb fb fb fb

Liga Super: Melaka United FC ikat JDT seri 1-1

FOTO FB MFL

KRUBONG, 3 Julai- Skuad Melaka United FC berjaya mengikat pendahulu liga Johor Darul Ta’zim (JDT), 1-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Krubong malam tadi.

Dalam perlawanan itu, jentera pasukan lawan dilihat lebih menguasai permainan berbanding tuan rumah menerusi serangan seawal minit ke-4.

Bagaimanapun, sepakan percuma Leandro Velazquez sedikit tersasar dan tidak membuahkan hasil.

Asakan demi asakan yang dilakukan skuad Harimau Selatan itu kemudian berjaya menghasilkan gol mudah pada minit ke-27 menerusi sepakan Leandro.


(Pemain tengah JDT, Natxo Insa menggelecek bola melepasi pemain Melaka United FC/FOTO FB MFL)

Cubaan menyamai kedudukan mula digerakkan oleh tuan rumah dan berhasil selepas Justin Baas berjaya mengambil umpanan Sony Norde pada minit ke-39.

Masuk separuh masa kedua, keputusan kekal sama, dengan mata 1-1.

Beberapa serangan cuba dilakukan skuad pelawat namun tuan rumah tidak goyah dan tidak membiarkan gawang gol mereka diceroboh dengan mudah.

Keputusan seri itu kekal sehingga tamat perlawanan untuk tuan rumah berkongsi satu mata berharga.

Media Baharu