fb fb fb fb fb

MSN sambut baik usaha Akuatik Malaysia dapatkan perenang warisan

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 29 Jun - Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin menyambut baik inisiatif Akuatik Malaysia (MAS) yang merancang untuk mendapatkan perenang warisan bagi mewakili negara dalam temasya sukan antarabangsa.

Katanya, langkah tersebut wajar dilakukan untuk melahirkan lebih banyak atlet profesional dalam sukan itu khususnya dalam kalangan rakyat Malaysia sendiri.

"Langkah ini dilihat sebagai satu usaha yang baik memandangkan banyak negara telah mula mencari atlet berketurunan mereka di luar negara. Filipina, misalnya, telah memulakan program ini semasa menjadi tuan rumah Sukan SEA 2019.

Diharapkan lebih ramai atlet berdarah Malaysia akan kembali dan mewakili negara dalam temasya sukan serta kejohanan utama," jelasnya kepada media pada Mesyuarat Agung Tahunan 2025 Persatuan Sepak Takraw Malaysia di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, MSN masih menunggu senarai nama atlet warisan daripada pihak persatuan berkenaan sebelum mengambil sebarang tindakan susulan.

Beliau menegaskan, semua atlet termasuk atlet warisan, perlu mematuhi syarat kelayakan yang ditetapkan untuk menyertai program latihan dan mewakili negara ke peringkat antarabangsa.

MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD ZUHAIRIE