fb fb fb fb fb

Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) bakal tukar nama

Mesyuarat Agung Luar Biasa PSM hari ini bersetuju untuk menukar nama kepada Persekutuan Sepak Takraw Malaysia

KUALA LUMPUR, 29 Jun - Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) Persatuan Sepaktakraw Malaysia hari ini, mencapai persetujuan untuk menukar nama persatuan itu dalam masa terdekat.

Badan induk berkenaan akan dikenali sebagai Persekutuan Sepak Takraw Malaysia (PSM).

Presidennya, Datuk Mohd Sumali Reduan berkata, usul pindaan perlembagaan yang dibentangkan itu mendapat sokongan lebih dua pertiga perwakilan.

2906 SKN SEPAK TAKRAW TUKAR NAMA 2Presiden PSM, Datuk Mohd Sumali Reduan

Menurutnya, proses menukar nama rasmi itu hanya akan mula berkuat kuasa setelah mendapat kelulusan rasmi daripada Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS).

"Semua pindaan perlembagaan akan berkuat kuasa selepas mendapat kelulusan PJS. Selagi belum mendapat kelulusan pindaan tersebut tidak boleh digunakan.

"Ini kerana banyak badan induk sukan lain sudah menggunakan istilah "Persekutuan". Kami juga telah membincangkan perkara ini sebelum ini bagi membezakan PSM sebagai badan induk dengan ahli gabungan negeri-negeri lain.

"Ahli gabungan negeri menggunakan istilah "Persatuan" diperingkat negeri, manakala kita akan menggunakan "Persekutuan" diperingkat kebangsaan," katanya pada sidang media selepas EGM dan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PSM di sini, hari ini.

2906 SKN SEPAK TAKRAW TUKAR NAMA 3.JPGPemilihan jawatan Timbalan Presiden PSM turut diadakan.

Sementara itu, terdahulu dalam AGM berkenaan, menyaksikan Datuk Mohd Sumali kekal sebagai presiden bagi penggal 2025–2028 selepas menang tanpa bertanding.

"Syukur, kita dapat melaksanakan mesyuarat ini dengan harmoni, aman dan telus. Proses pemilihan juga dijalankan oleh sebuah jawatankuasa bebas yang telah kita lantik bagi memastikan perjalanan mesyuarat berlangsung secara telus, tanpa sebarang campur tangan daripada kalangan ahli jawatankuasa tertinggi PSM," katanya.

2906 SKN SEPAK TAKRAW TUKAR NAMA 4.JPGPemilihan jawatan Naib Presiden PSM

Dalam pada itu, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan Datuk Abdul Halim Suleiman dipilih sebagai Timbalan Presiden PSM bagi penggal sama.

Tiga jawatan Naib Presiden pula diisi oleh Datuk Abu Jimi Samat, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan Wan Mohd Husni Abdullah.

MUHAMMAD APENDY BIN ISSAHAK