SEPANG, 12 Mei - Pelumba Honda Racing Malaysia, Azroy Hakeem Anuar, menjuarai Perlumbaan 2 kategori MSBK1000 A selepas mengatasi saingan sengit Kasma Daniel di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang.
Kasma memimpin sejak pusingan ketiga, namun Azroy menyimpan tenaga untuk serangan akhir dan memenangi perlumbaan dengan catatan masa terpantas 21 minit 15.889 saat
Helmi Azman pula terpaksa menarik diri selepas terbabas di selekoh 15 ketika berada di kedudukan ketiga.
Bagi kategori kategori MSBK600, Anupab Sarmoon dari Yamaha Thailand Racing Team muncul juara selepas Khairul Idham Pawi, terjatuh pada pusingan terakhir.
Khairul mendahului dengan jurang 12 saat sebelum insiden malang itu membolehkan Anupab menamatkan perlumbaan dengan masa 22 minit 36.603 saat.
Tempat kedua dimenangi Cao Viet Nam, manakala Farres Putra yang bangkit dari masalah teknikal awal, meraih podium ketiga.
Md Irfan Haykhal Amidi dari Honda Racing Malaysia menampilkan tunggangan cemerlang untuk memenangi Perlumbaan 2 kategori MSBK250 A.
Beliau mendahului sejak awal menamatkan perlumbaan dalam masa 19 minit 29.795 saat.
Ahmad Afif Amran dan Irfan Ardiansyah masing-masing menamatkan di tempat kedua dan ketiga.