KUALA LUMPUR, 12 Mei - Malaysia melangkah gagah ke pentas akhir acara Kuadran dan Double Piala Asia Sepak Takraw 2025, selepas mencatat kemenangan meyakinkan di separuh akhir di Stadium Titiwangsa.
Skuad Kuadran negara, yang menampilkan kombinasi pemain muda dan berpengalaman, menundukkan Korea Selatan 15-13, 15-8. Gandingan Afifuddin Razali, Shahalril Aiman, Amirul Zazwan dan Norfaizzul Abd Razak kini bersedia menentang Jepun di final malam ini.
Dalam acara Double, Muhammad Noraizat dan Aidil Aiman mudah mengetepikan pasangan India, 15-12, 15-12. Kemenangan ini membuka peluang membalas dendam ke atas Thailand di pentas akhir, selepas kekalahan di peringkat kumpulan Sabtu lalu.
Thailand terlebih dahulu mara ke final selepas mengatasi Indonesia 2-1 dalam aksi penuh dramatik.