fb fb fb fb fb

MPFL Divisyen 1: JDT tekad pertahan rekod tanpa kalah berdepan Kedah

Foto FB JDT Futsal

KUALA LUMPUR, 6 Mei - Juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal turun berdepan Kedah dalam saingan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) Divisyen 1 Sabtu ini dengan misi mengekalkan rekod tanpa kalah.

Skuad kendalian Juan Antonio Miguel Garcia kini berada dalam momentum terbaik, selepas mudah menewaskan Sabah 4-1 pada perlawanan keenam minggu lalu.

Aksi konsisten dipamerkan setakat ini membolehkan JDT tampil selaku pasukan dengan jaringan ketiga terbanyak dan rekod bolos paling sedikit.

Pasukan itu kini selesa mendahului liga dengan 18 mata.

Manakala Pahang Rangers FC melonjak ke tangga kedua dengan 15 mata selepas menewaskan Selangor FC 6-5 dalam aksi mendebarkan di Stadium Tertutup SUKPA, Kuantan pada aksi sebelum ini.

Kekalahan itu menyaksikan Selangor FC turun ke tangga ketiga liga.

Perlawanan ketujuh dijadualkan berlangsung hujung minggu ini dengan tiga perlawanan pada Sabtu dan satu perlawanan pada Ahad.

TUAN MOHAMAD IKRAM BIN TUAN MUHAMAD