fb fb fb fb fb

Martinez, Pavard berpotensi diturunkan berdepan Barcelona

Foto REUTERS

KUALA LUMPUR, 3 Mei - Ketua pasukan Inter Milan, Lautaro Martinez berpeluang kembali beraksi pada separuh akhir kedua Liga Juara-Juara awal pagi rabu selepas mengalami kecederaan minggu lalu.

Jurulatih Inter, Simone Inzaghi berkata, keputusan akhir sama ada penyerang berusia 27 akan diturunkan atau tidak bergantung kepada laporan perubatan.

Pada masa sama, Inzaghi mengesahkan tonggak pertahanan, Benjamin Pavard juga berpotensi untuk kembali beraksi.

Kedua-dua pemain itu sudah turun sesi memanaskan badan bersama pasukan sebelum berlatih secara berasingan.

Inter sebelum ini bergelut di Coppa Italia dan Serie A, namun bangkit dengan aksi hebat ketika seri 3-3 menentang Barcelona minggu lalu yang dianggap antara perlawanan terbaik musim ini.

Inzaghi menegaskan Inter perlu berada pada tahap terbaik untuk mara ke final, selepas merehatkan ramai pemain utama ketika menang tipis 1-0 ke atas Verona hujung minggu lalu.- REUTERS

TUAN MOHAMAD IKRAM BIN TUAN MUHAMAD