fb fb fb fb fb

MotoGP: Jorge Martin terlepas aksi GP Thailand akibat kecederaan

Pelumba Aprilia, Jorge Martin ketika aksi ujian pra musim di Litar Sepang, Februari lalu / AFP

PARIS, 25 Februari- Juara dunia MotoGP, Jorge Martin, disahkan terlepas perlumbaan pertama musim ini hujung minggu ini di Thailand selepas mengalami beberapa patah tulang akibat terjatuh, menurut pasukan Aprilia pada Isnin.

Pelumba Sepanyol itu, sebelum ini cedera dalam ujian pra-musim di Malaysia, mengalami patah di tangan kiri dan tumit.

"Martin dijadualkan menjalani pembedahan di Barcelona pada Selasa dan akan terlepas Grand Prix Thailand," kata pengeluar dari Itali itu dalam satu kenyataan.

"Tempoh pemulihan akan ditentukan selepas pembedahan," tambah Aprilia.

Aprilia turut memaklumkan, kecederaan terbaharu itu tiada kaitan dengan kemalangan di Malaysia pada awal Februari lalu, di mana Martin mengalami patah tangan kanan dan kaki selepas tercampak dari jentera Aprilia di selekoh dua Litar Sepang, meskipun tidak mengalami kecederaan dalam insiden sebelumnya pada hari sama.

Pelumba berusia 27 tahun itu, yang telah menjalani pembedahan berjaya ke atas tangan kanannya, menyertai Aprilia selepas memenangi kejuaraan 2024 bersama Pramac Ducati.

Lorenzo Savadori akan menggantikan Martin di Grand Prix Thailand.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE