JEREZ, 4 April - Pelumba muda negara, Qabil Irfan Azlan tekad raih keputusan positif pada penampilan sulung kategori MOTO4 pada Kejuaraan Superbike Sepanyol, ESBK 2024.
Pusingan pertama akan berlangsung pada 6 dan 7 April ini di litar Jerez
Menurut Qabil, peluang keemasan ini akan diguna sebaik mungkin bagi meningkatkan kemahiran menunggang dalam perlumbaan Eropah.
Pelumba berusia 12 tahun akan mewakili pasukan Sepanyol, VHC Frando Racing menggunakan jentera 150CC.
Qabil diberi kepercayaan untuk beraksi di Eropah susulan prestasi cemerlang ditampilkan pada saingan Siri MiniGP Malaysia.