fb fb fb fb fb

MOTO3: ZK Racing beri jaminan Damok akan terus bersaing musim ini

SEPANG, 18 Februari - Pelumba Moto3 negara, Syarifuddin Azman akan terus berlumba sehingga penghujung musim ini dalam saingan kejuaraan dunia itu.

Itu jaminan daripada Pengurus ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin biarpun masih belum mempunyai penaja buat pelumba itu ketika ini.


(Pengurus ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin)

Menurut beliau, ketika ini segala perbelanjaan buat pelumba yang dikenali sebagai Damok itu ditanggung sepenuhnya oleh ZK racing.

"Untuk Damok ini kita masih lagi betul-betul mencari penaja dan rakan kongsi bersama dan kumpulan kita sekarang ini sudah tukar struktur untuk kita hantar beberapa pasukan untuk pergi dapatkan pendekatan penaja diluar sana,

"Saya harapkan kita tidak patah balik , kita pergi dan teruskan perjuangan sampai ke akhir tahun. Saya percaya pihak KBS pun memandang serius terhadap masalah ini,"katanya di sini.


Dalam pada itu beliau berharap Damok dapat memberikan fokus sepenuhnya terhadap peluang yang diberikan.

Media Baharu